.

.

Wednesday, March 2, 2016

Percutian bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu Part 1


Assalamualaikum



minggu lepas 25-27 Mac 2016, MG dan famili pi bercuti ke Pulau Perhentian (PP)
ni kira 1st time kami ke Pulau Perhentian dan ke Terengganu
ni semua sebab MG dapat grab tiket sorang rm10 ke Kota Bahru
jadi untuk kami sefamili total tiket pi balik kita rm60 saja.

tapi untuk suggestion kalu nak ke PP better pi time bulan 4,5 dan 6
time ni katanya air setenang di sungai
jadi mudah kita nak snorkelling dan naik bot dari jeti Kuala Besut ke PP
MG pi time ni banyak tempat tak leh pi sebab cuaca tak elok
Tiket kami pukul 1.40 petang dan perjalanan adalah selama 45min-1 jam
tapi inilah pengalaman naik flight paling mengerunkan
dekat-dekat nak sampai tu kami kena 2 kali airpocket yang sangat kuat
time ni memang dah tawakal dah hahaa
nasib baik dah dekat nak sampai
terus insaf nak naik flight

dah sampai kat airport KB
Kami di amik oleh Hamka, dia ni keja ngan Perhentian MJ
dengan Perhentian MJ ni lah MG amik pakej di PP
Pakej included boat transfer pi balik PP dari jeti Kuala Besut, Snorkelling 5 point, penginapan 3 hari 2 malam bilik aircond, makan 6 kali, boat ke Marine park dan hiking ke wind mill dan Long Beach
harga per person rm285 ja
sapa berminat le search Perhentian MJ ya.



tapi transfer ke Jeti Kuala Besut dari airport lain harga ya..sehala rm80
dah selamat sampai ke jeti kami pom terus naik bot untuk ke PP
Ombak sangat kuat, perjalanan amik masa 45min-1 jam
memang mengerunkan orang yang dok belakang memang basah
MG pon dekat-dekat nak abeh umur jugak dok lam bot ni
rasa pening dan nak muntah
ada 2 3 orang yang dah muntah
suasana lam boat panas sebab tutup tingkap sebab ombak kuat
jadi lagi wat kita nak muntah
setelah hampir sejam tahan hazab kami pon sampai
kat sini kami duduk di Kampung Nelayan, itu sebab pakej ni agak murah

nampak dak ayaq ijau kat belakang..hehe


tapi overal MG puas ati dengan pakej ni sesuai dengan modal yang di keluarkan
bilik agak berpasir, ya la kita kat pantai kan
bilik pon untuk tidur ja
tp kalau nak romantik-romantik bilik best dan honeymoon better cari hotel mahai ya

Nak sampai dah Kampung Nelayan, Pulau Perhentian Kecil

 kami sampai pon dah petang jadi untuk hari ni kami kami dah miss makan tengahari dan ke Marine Park
tapi untuk ke Marine park botman cakap leh pi ari last
jadi makan malam leh makan pada pulul 8.00 malam
gambar tak amik pulak, tapi menu malam ni tomyam seafood telur dadar paprik seafood dan air bersama nasi
sedap jugak, berbaloi ngan bayaran..hihi

Petang di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian
pas makan kami jalan-jalan tepi pantai sekitar kampung nelayan ni
suasana sangat best, angin tepi antai yang kuat
kami main kat padang permainan ja
layan Umayrah main buaian

habes untuk 1st Day esok kitra pi snorkelling plak!

Total Lost

Tiket KLIA Transit rm20.80
Makan-makan KLIA2 RM10.00
Airport Transfer rm80.00
beli air mineral : rm 3



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails